Berasal daripada perkataan Greek iaitu ‘Aegis’ yang bermaksud ‘Perlindungan Fizikal’. Ia turut melambangkan perlindungan atau melakukan sesuatu menerusi sumber yang hebat. AEMIS, siri untuk kesihatan menyeluruh telah dicipta. Ianya bermula apabila mereka mengenal pasti bahawa masalah kesihatan yang dialami oleh masyarakat mempengaruhi kualiti kehidupan mereka. Dengan lebih 300 kertas penyelidikan yang dikaji, penghasilan formulasi, penyelidikan, kedudukan jenama, rekaan dan hala tuju yang telah dilakukan bertahun lamanya, AEMIS berjaya dihasilkan.
AEMIS dirumus bagi memenuhi kehendak masyarakat dengan tiga kriteria utama untuk kehidupan yang jauh lebih sihat menerusi pemakanan yang baik, tabiat sihat dan pengawalan tekanan yang berkesan di mana membawa ke arah gaya hidup seimbang dan lengkap.
Menerusi kualiti yang terjamin, AEMIS dihasilkan menggunakan 100% ramuan semula jadi digabungkan dengan teknologi terkini bagi memenuhi keperluan individu yang mementingkan kesihatan dan keinginan mereka untuk mencapai keseimbangan dalam setiap aspek kesejahteraan kehidupan. Setiap ramuan telah melalui ujian yang ketat seperti mikrob, logam berat dan ujian ubat-ubatan makmal bagi memastikan ianya selamat dan berkesan.
AEMIS dicipta untuk masyarakat yang sentiasa bekerja keras dalam mencapai potensi penuh mereka, sementara mengekalkan gaya hidup sihat. Kami sangat memahami kehidupan serba pantas masa kini tidak memberikan peluang untuk anda menjaga diri, oleh sebab itu kami ingin membantu anda. AEMIS bertujuan untuk memenuhi keperluan mereka yang menginginkan kehidupan seimbang antara kerjaya dan kesihatan di mana ia membekalkan penyelesaian yang berkesan dan mudah untuk membantu anda mencapainya tanpa perlu menggadaikan kesejahteraan anda.
Dengan AEMIS, kami percaya anda boleh mencapai segala impian dan menikmati gaya hidup pilihan anda sementara menjaga kesihatan di tahap yang optimum. Justeru itu, kami ingin membantu anda dengan memberikan penyelesaian menyeluruh - AEMIS.